Wednesday, October 30, 2013

RESIPI ASAM PEDAS MELAKA


Assalamualaikum buat semua, dan selamat pagi, diam tak diam hari ni dah pun 30 Syawal, maka berakhir lah sudah raya utk tahun 2013, raya haji bakal menjelam tiba pula. Sekejap je masa berlalu. Anak2 yg sekolah menengah pun buat sambutan raya hari ni, akk buat kan kek coklat je.





Lama sudah tak sapu sawang rumah maya ni, entah apa yg di sibukkan pun tak tau. Gambar raya pun tak letak lagi untuk kenagan. 





Semalam Khamis akk masak asam pedas,kali ni memang sedap sangat asam pedas melaka tu, kena dengan selera kami anak beranak, anak2 pun suka sangat mkn kuah ( mkn kuah je ikan tak suka pulak ). Dulu2 [ernah juga buat resepi asam pedas ni, lamaaaa sudah. Kali ni akk guna ikan mayong ( ala2 ikan duri tu ) memang sedap dari guna ikn kembung la.






Semenjak akhir2 ni, akk pun suka sangat mkn asam pedas, kalo mkn kat gerai pun mesti nk ngetest asam pedas je.






Tq buat linapg, akk c n p resipi dari rumahnya.






resipi asam pedas melaka 1











RESEPI ASAM PEDAS MELAKA


By: Junjs (myR)


sumber : lina pg


Kongsi bersama : embunrosaliza,blogspot.com




Bahan-bahan

4 keping ikan pari- Rosaliza guna ikan mayong

Bahan kisar:-


  • 3 biji bawang merah

  • 10 biji cili kering

  • 1/2 in halia

  • 1 sudu teh jintan manis (serbuk)

  • 1 sudu teh jintan putih (serbuk)

  • 1/4 sudu teh lada hitam

  • 1/2 in kunyit hidup

  • 2 ulas bawang putih



Bahan tumis:-


  •  1/2 bawang besar-hiris

  • 1 sk halba

  •  1/4 sudu teh biji sawi

  • 1/4 sudu teh halba

  • 2 tangkai daun kari

  • air asam jawa secukupnya

  • air secukupnya

  • 1 biji tomato-potong2

  • 5 biji kacang bendi

  • 1 serai-diketuk

  • bunga kantan atau daun kesum secukupnya

  • minyak masak

  • garam dan gula jika suka



Cara-cara


  1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.

  2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.

  3. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.

  4. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.















Posted by EmbunRosaliza at Friday, September 06, 2013

No comments:

Post a Comment