Mr Vios telah berazam hanya mahu fokus kepada menambah aset. Honda Civicnya mahu dijual walaupun mungkin rugi. Namun kerugian itu katanya berbaloi.
Begini rasional Mr Vios.
Kereta yang dijual itu susut nilainya hampir 15% setelah 6 bulan dipakai. 15% daripada RM130k ialah Rm19500. Hutang beliau masih banyak dek kerana bank mengenakan kadar keuntungan. Jadi hutang beliau tetap 130k (andaian untuk mudah kira). Memandangkan beliau telah bayar 10% downpayment, bermakna dengan susut nilai 15%, beliau rugi 5% iaitu RM6500.
Tetapi Rm6500 boleh dikira kerugian yang kecil kerana jika beliau meneruskan komitmen Rm1500/sebulan itu, beliau akan rugi lebih banyak.
Mr Vios pun pergi melawat Mr Estima yang sedang berehat dirumahnya, dengan niat mendapat nasihat.
Mr Vios : Pakcik, saya mahu jual kereta saya. Tak mahulah sewa-sewa ni, leceh. Saya jual terus dan perbaiki cash flow saya. Rugi sedikit sekarang.
Mr Estima: Berapa kau rugi nak?
Mr Vios : Lebih kurang RM6500.
Mr Estima : Oklah tu. Itulah harga sebuah kebodohan. Kira sebagai bayaran pembelajaran lah. Tapi Honda kau tu kalau tunggu beberapa tahun sikit mungkin tak rugi dengan susut nilai sebab resale value Honda tinggi. Tapi yang kau carik pasal buat loan 9 tahun tu sapa suruh. Dengar lagi orang bank dengan penjual kereta punya nasihat.
Tapi jugak, kalau kau tunggu lama sampai nak loan dan value kereta kau match, kau dah rugi banyak masa dan peluang.
Bertahun-tahun jugak tu. Kalau kau rasa RM6500 tu berbaloi untuk beli masa bertahun-tahun, you are on the right track.
Mr Vios : (Kembang bangga dengan pujian sifunya). Jadi saya on lah jual kereta saya ni. Saya juga dah rancang nak beli aset. Rumah.
Mr Estima: Bagus dah tu. Kau nak beli rumah untuk apa?
Mr Vios : Rumah ni untuk duduk, pastu untuk investment sekalilah. Kira sambil menyelam minum air la ni. Hehehe bijak tak saya?
Mr Estima: Hehe. Aku dah jumpa ramai dah orang macam ni. Nak pakej 3 in 1, 10 in 1. Nak beli rumah untuk duduk, pastu nak sewalah, pastu nak investlah, pastu nak cashflow lah, pastu nak capital gain lah. Orang macam ni memang takkan jumpa rumah sampai bila-bila. Kalau dia beli pun, dia takkan jadi investor yang berjaya.
Mr Vios : Uikss, makan dalam lagi ni. Takpe2, sifu punye pasal sebab ajar pun free ni, say terima. So macam mana ni?
Mr Estima : Untuk melabur kena ada target. Macam pakcik beli flat untuk sewa dan dapat cash flow positif, duit lebihan. Kira pakcik ni slow mo punya orang. Alon-alon bak kata orang Kanada.
Ada orang main flipping. Beli, hold 2-3 tahun dan jual. Untung dekat capital gain. Sekali untung bila market cantik memang best lah. 5-6 angka tu biasa. Pastu rolling la lagi.
Mr Vios: Wah, terliur nih. Saya patut main macam mana ni?
Mr Estima : Cerminlah diri sendiri. You must know your own game.
Mr Vios : Ok saya set saya mahu main game simple. Saya nak beli satu rumah yang ada potensi yang sangat baik. Mungkin boleh naik double dalam masa 5 tahun. Saya kena carik area hot dan lokasi kegemaran flipper dan spekulator. Kemudian saya jual, dan dapat duit untung. Duit untung tu saya beli tanah dan buat rumah sendiri. So saya tak perlu berhutang beli rumah sendiri kan? Bijak tak saya? Hehehehe.
Mr Estima : Hahahaha.. ini yang nak gelak lagi dengan orang muda ni. Belum apa-apa dah fikir macam orang pencen. Nak rumah sendiri, tanah luas la apa la. Ini kira mazhab Settle Down Early.
Mr VIos : Adeh, kena lagi. Tak best ker idea saya tu? Ok apa invest sekali pastu dapat rumah sendiri free?
Mr Estima: Oklah juga tapi tak berapa bijak. Itu kesilapan ramai orang muda. Kau kira ok lah ada jugak invest dan target rumah sendiri "free'. Ada ramai kawan-kawan sebaya kau tu tak sabar nak rumah sendiri. Nak settle down katanya. Baru kerja 2-3 tahun, settle down apa kejadahnya? Ada 30 tahun lagi masa bekerja (kalau hidup normal, namun ajal dan maut di tangan Allah).
Dah beli rumah sendiri, pakai joint loan max suami isteri. Downpayment guna personal loan. Renovate pun pakai personal loan (kalau ada lagi entitlement). Buat kabinet dapur pakai bayar pakai kad kredit. Beli perabot pakai ansuran mudah.
Kerja korporat, gaji beribu-ribu nak pakai smartphone konon, pun pakai ansuran mudah or pakai kontrak.
Itu sikit jer kes-kes depan mata. Belum lagi aku nak membebel kenduri kahwin dan wang hantaran pun berhutang..
Mr Vios; Huhu. Rileks pakcik. Nanti kena strok kang. Betul la cakap pakcik..Insaf saya.
-------bersambung ke episod 4----
kredit: Alwi Adam EzazWealth
No comments:
Post a Comment