Usai berlari berbasikal bakar 600 calorie before lunch tadi....
Keluar gym.. jalan jalan...nampak iklan G Wrap.
Daging ayam yang di grilled enak, di sumbat dengan sayuran segar tomato, salad dan kobis ungu..di curah aioli sos..semuanya di bungkus rapi dengan roti tortilla ...Ngappppp..memang sedapppp, rasa fresh ( ikut tekak aku naaa)..Tak macam lain2 beger mekdi yang aku dah muak makan..;P
Bakar 600 calorie..
Masuk balik berapa calorie? hahaha...
Takpe...at least G Wrap ni a much healthier option nak banding makan beger yang dagingnya di deep fried..penuh dengan trans-fat.
Sebagaimana sandwich Subway boleh kita home made-kan( kat sini)...
Maka G Wrap ni pun, pasti boleh!
Chicken thigh? Boleh beli..
Roti tortilla? Melambak kat Tesco..
Sos aioli? Boleh buat ( bukan aku buat la...wife aku buat..hahaha)..
Tunggu lah kemunculan Z Wrap nanti...bahahaha..
Setiap kali aku makan kat mekdi ( atau lain lain outlet fast food)..
Mesti aku terfikir...mesti otak aku ligat fikir...
1- kenapa majoriti, almost 95% pekerja di outlet nya, budak Melayu kita? Kerja nya teruk ( diri lama, nak ngadap karenah customer, kena maki dgn supervisor berlagak)..gaji nya kecik sangat..Mana gi budak muda Cina? apa budak muda Cina buat? mahu kah mereka kerja dgn kerja macam ni? jangan salah faham ya, aku bukan pandang rendah/hina kerja mekdi ni..apa yg aku cuba sampaikan ialah, mentaliti budak muda Cina ( or bangsa Cina secara am nya), akan buat kerja yang lebih berbaloi, yang mereka boleh timba pengalaman, lama kelamaan, buka perniagaan sendiri.
2- kita dah di jajah minda nya oleh Barat. Makan makanan barat. Makan beger. Makan french fries bukan Benut Banana Fries... :P Tapi tang sikap/mentaliti, susah betul nak dijajah. Maksud aku, cuba korang duduk 1/2 jam kat mekdi. Perhatikan berapa % yang lepas makan, akan angkat tray ( dan segala sampah dlm nya), pergi ke tong sampah, buang sampah, dan pulangkan tray itu ke tempat susunan nya. Sikap sebegini mmg biasa di negara maju, kalau korang makan kat oversea, mmg nampak sikap macam ni. Orang kita akan bagi alasan pulak...." alahhhh..kan dah ada budak kerja angkat tray lap meja tu semua".. Betul...Tapi dari satu isu kecil macam angkat tray lepas makan, sebenarnya boleh menterjemahkan sikap kita..Jenis dedikasi kah kita? Jenis bertimbangrasa kah kita? Jenis selfish atau tidak kita ini?
Ok lah..
Nak tido jap..
Gi la try G Wrap..sedap :P
No comments:
Post a Comment