Alhamdulillah pada 21 Sept 2013 Sabtu lepas, MJ dah pun secara rasmi bergelar graduan apabila telah berjaya menamatkan pengajian secara jarak jauh dengan USM, Penang selama 4 tahun.
MJ dalam Sidang 4 (21 Sept 2013)
Bergambar dengan My tulang belakang- Mak dan Abah, masa keluar dewan melilau pusing mencari dalam keramaian umat manusia, dalam masa sama sampai rasa nak nanges sebab tak jumpa.. yela dalam dewan kan tak boleh bawak sebarangan termasuklah henpon, sob sob.. Dalam hati dok berdoa agar cepat ditemukan, jeles tengok graduan lain dah bersama keluarga masing-masing.
Member ada bagi pinjam henpon untuk call my Abah dan Mak tapi itulah masalahnya dalam dok kalut boleh lupa no fon, selalu kan main tekan2 je kat henpon>>> GERAM dengan DIRI SENDIRI.
Sampaikan dalam dok kalut mencari tu ada 1 keluarga yang perasan dan menegur, TAK JUMPA LAGI KE? Kesiannya... lagi sebak rasa di hati..hahaa :)
Tenang je tasik belakang tu kan, setenang hati ai yang lega setelah usaha penat lelah selama 4 tahun ini berakhir.
Gigih shoot tengah hari rembang, takdak orang sangat best la dapat bermaharajalela nak posing buat gaya lagu mana pun.. Takpa bukan selalu kan..hahaa
Nanti bila dah dapat gambar dengan Photog, wajib tempek kat sini sebagai kenangan, korang jangan cemuih bila cheq upload nanti na...hehehee :)
Tweet
No comments:
Post a Comment