Assalamualaikum....
Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada tuan blog IntaNBerliaN iaitu Puan Zarina atau lebih mesra saya panggil dia Ina je, kerana telah memberi peluang kepada blogger macam saya untuk promote blog dalam segmen yang dianjurkan.
Sebenarnya masa nak buh link blog dalam komen kat entri Promote Blog tu dah rasa semacam je. "Ni kalau terpilih, aku nak citer apa kat segmen ina ni?". Sekali tengok keputusan dia "hah! amik kau...". Mang nama naik. Kikiki.... Terima kasih Ina.
Oklah, actually dalam blog saya memang ada pengenalan mengenai "Siapa Aku". So, saya amik serba sedikit dari entri tu untuk memperkenalkan blog saya di Segmen Promote Blog ni.
Kepada semua pembaca yang belum mengenali empunya blog MEMORI TERINDAH, saya perkenalkan diri ye, Nama saya Haryati Hamzah. Dilahirkan, dibesarkan dan di sekolahkan di kampung saya yang tercinta Tanjong Karang, Selangor. Sekarang ni dah bermastautin di Sungai Petani, Kedah. Rasanya dah hampir 6 tahun kot kat Negeri Darul Aman ni. Anak ke 2 daripada 4 orang adik beradik.
Diijab kabulkan dengan suami tercinta Faizal Othman pada 27 November 2005. Semoga ikatan perkahwinan antara kami akan berkekalan sehingga ke akhirnya, AMIN. Dikurniakan tiga orang putera yang comel-comel belaka. Putera pertama Muhammad Firas Firdaus, Putera kedua Muhammad Fawwaz Firdaus dan Putera ketiga Muhammad Hafiy Firdaus.
Pernah mempunyai blog satu ketika dulu pada tahun 2007. Blog tu saya bagi nama sama seperti nama blog yang sekarang ni. Banyak menceritakan tentang perkembangan anak 1st, sebab terlalu excited bila ada anak kan masa tu, hehehe.... so, semua nak diceritakan dalam blog. Tak banyak pun entri. Saya stop sekejap sebab dapat tawaran kerja kat kerajaan pada tahun yang sama. Bertahun jugak tak menulis. Lebih suka menjadi silent reader.
Dan tetiba tergerak hati nak menulis balik, sebab seronok bila baca blog orang lain. Nak share jugak cerita pasal perkembangan anak-anak yang semakin membesar dan nak kongsi serba sedikit pengalaman suka duka dalam mengharungi kehidupan bekeluarga ni. Maka muncullah kembali blog MEMORI TERINDAH yang tak berapa nak femes ni...hihihi. Bila berkecimpung balik di dalam dunia blog ni, tak seronok bila kita menulis syok sendiri kan, mesti kita nak mencari kenalan-kenalan yang ramai, yang boleh kita share cerita. Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang saya kenal dan macam-macam cerita yang dah dikongsikan.
Akhir sekali, salam perkenalan saya ucapkan kepada semua yang suka membaca blog IntaNBerliaN, jika sudi singgahlah jenjalan ke blog saya. Semoga ikatan yang terjalin di alam maya ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim. AMIN.
tekan SINI untuk perkongsian bersama
No comments:
Post a Comment