SEJARAH MELAYU SINGAPURA BAGAI DILANDA TODAK
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj menyingkir Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 setelah hampir dua tahun bersama. Satu kerugian yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah moden negara. Ini adalah tarikh gelap bagi seluruh umat Melayu di negara ini. Tindakan tergesa-gesa dan unilateral oleh Tunku, Bapa Kemerdekaan, menyebabkan bangsa Melayu sekali lagi kehilangan pulau Singapura atau Temasek setelah berkurun lamanya menjadi jajahan Inggeris. Melepaskan peluang keemasan yang tidak mungkin kembali lagi. Orang Melayu seharusnya menangis setiap kali tibanya 9 Ogos mengenangkan nasib malang yang menimpa bangsa. Banyak faktor boleh dihujah, banyak sebab menjadi musabab, tetapi kehilangan tiada galang gantinya. Nasi sudah menjadi bubur, menangis darah sekali pun tiada gunanya lagi. Setelah keluar dari gagasan Malaysia, Singapura di bawah Lee Kuan Yew memperhebatkan lagi usaha untuk melenyapkan sejarah kerajaan silam Melayu yang bertapak di situ ratusan tahun.
Kesan-kesan sejarah awal, anak raja impirium Srivijaya, Sang Nila Utama atau Nilatanam atau Sri Tri Buana di pulau itu sudah pupus dan kalau ada sisa pun menunggu masa lenyap terus dari memori Temasek. Dalam bukunya From Third World To First- The Singapore Story: 1965-2000 Memoirs of Lee Kuan Yew, pemimpin Cina Singapura itu mendakwa Raffles yang mengasaskan negeri itu, sekaligus menafikan sejarah silam kesultanan yang berkait rapat dengan kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu.
Kuan Yew hanya menyambung agenda penjajah Inggeris untuk menghapuskan segala yang ada hubung kait dengan Melayu di Singapura. Jika sesiapa berkunjung ke National Museum Singapore, boleh dikatakan tidak ada langsung perkara signifikan yang diperkatakan mengenai Melayu di pulau itu. Semuanya mengenai sejarah pendatang Cina - sejarahnya, pendidikannya, budayanya, pemerintahannya, ekonominya - Melayu hanya menjadi nota kaki sahaja seperti melukut di tepi gantang. Apa yang dipamerkan perihak Melayu hanya serpihan batu yang dilakar tulisan kuno disebut sebagai Batu Batang.
Hanya sebaris penerangan tanpa makna diberikan pada papan tanda untuk menutup sejarah penting dan rahsia di sebaliknya. Batu Bersurat Singapura atau Batu Badang dijumpai pada tahun 1819 disebuah tempat dipanggil Rocky Point (sekarang Esplanade). Pada asalnya batu bersurat yang dipercayai menceritakan sejarah paling awal Singapura berukuran 3 meter x 3 meter dengan ketinggian 10 kaki dan seberat 40 tan. Seperti biasa apabila mahu menutup sejarah Melayu, Ingggeris pun meletupkan batu bersurat itu pada 1843 atas arahan Kapten Stevenson untuk melebarkan muara Sungai Singapura dan memperbesarkan Pelabuhan Fullerton dan kuaters penginapan. Mujur Leftenan Kolonel James Low yang tidak bersetuju pemusnahan artifak itu sempat menyimpan tiga serpihan kepingan batu yang tertera inskripsi di atasnya. Batu tersebut mempunyai 50 ke 52 baris ukiran tulisan kuno seinci lebarnya. Maknanya tidak dapat ditafsirkan walaupun Raffles sendiri pernah cuba tapi gagal.
Ada yang mengatakan tulisan tersebut adalah Pali, Tamil, Kawi, Sanskrit dan Jawa Purba. Pegawai Inggeris yang menjumpai batu itu beranggapan ia adalah batu yang pernah diangkat oleh seorang Melayu perkasa bernama Badang. Dikisahkan Badang yang mewakili Raja Singapura bertarung dengan Nadi Vijaya Vikrama bagi pihak Raja Benua Keling. Masing bertanding mengangkat batu besar di hadapan dewan raja bagi merebut hadiah 7 buah kapal penuh dengan harta. Vikrama hanya mampu mengangkat batu separas lutut tetapi Badang bukan sahaja berjaya mengangkatnya tetapi melontar batu itu ke muara Sungai Singapura. Seperti juga kisah puncak Borobudur yang hilang Raffles ketika menjadi Gabenor Jawa, Batu Bersurat Badang juga dihancurkan orang yang sama memerintah Singapura. Melayu dah lama tersiksa, Dijajah dan dijadikan hamba sahaya, Sampai sekarang kita hamba tarafnya, Bukan khalifah yang tegas dirinya, Bukan kebenaran hendaknya, Lembik dan lemah tiada berjiwa, Kalau ada jiwa itu bukan jiwanya, Jiwa Melayu tak gentar apa, Melayu panglimanya dunia, Atau kenapa kita alpa, Anak cucu diracun mati adanya, Tiada jatinya diri kita lagi, Sudah hanyut ditelan masa,
Telah bertukar sekelian namanya, Semua dah jadi arab, Tiada Melayu namanya, Kita dah tak serupa dulu adanya, Rupa Melayu nama Arab semua, Adakah nama itu agama jua, Hanya sekadar batang tubuhnya, Masuk ke tanah akhirnya, Hebat ke namanya kita, Hina ke nama Melayu diguna, Kenapa tiada berkata, Membisu sahaja, Yang mati mati jua, Yang hidup dah lama matinya, Yang Melayu dah jadi layu dirinya, Pada bangsa menjajah tubuhnya, Menjajah bangsanya, Menjajah hatinya, Menjajah budayanya, Menjajah anak bininya, Menjajah akan apa sahaja, Itulah tiada sedarnya akan kita, Merdeka apa jika Melayu tiada, Tanah ini untuk siapa milik siapa, Ingatlah sekalian Melayu yang ada, Kamu itu bangsa yang mulia, Wangsa pertama di atas dunia, Sebelum sekalian yang ada, Melayu sudah menjajah akannya, Melayu budaya yang memerintah adanya, Bukan dijajah begitu sahaja.
sumber klik sini
No comments:
Post a Comment