Lelaki ini miliki harapan untuk jadi seperti insan normal lain | Seorang tukang gunting rambut di China yang dilahirkan dengan sindrom jantung di luar tulang rusuk, menyatakan harapan untuk menjalani pembedahan dan hidup seperti insan normal lain seusianya. Ho Zhiliang, 24, dari wilayah Hubei, mengalami sindrom jantung terdedah, kecacatan yang kebiasaannya membunuh lebih 90 peratus pesakit sebaik-baik dilahirkan. Ketika dia dilahirkan, ibu bapanya diberi amaran bahawa dia mungkin tidak akan hidup lama disebabkan kecacatan yang dialaminya itu. Pesakit yang menghidap sindrom berkenaan selalunya akan mengalami sesak nafas apabila berjalan atau muka berubah menjadi biru. Namun, ibu bapanya mengenepikan segala kemungkinan apabila berjaya membesarkan Zhiliang.
Baru-baru ini, harapan Zhiliang untuk pulih kembali bersinar apabila dia terbaca tentang seorang pesakit yang menghidap sindrom sama sepertinya, Huang Rongming. Rongming dari wilayah Henan dapat hidup seperti biasa selepas menjalani pembedahan untuk memindahkan jantung ke tempat asal. Zhiliang yang mendapat semangat baharu daripada kisah lelaki itu kemudiannya berhenti bekerja dan berpindah ke wilayah Wuhan dengan harapan dapat menjalani pembedahan yang sama. “Saya tidak sangka rupa-rupanya saya berpeluang menjalani kehidupan normal seperti orang lain," katanya.
Dalam pada itu, Rongming berkata, dia juga telah hidup dengan keadaan jantung di bahagian abdomen selama 24 tahun, sama seperti Zhiliang, dan doktor memberi amaran tentang keadaannya yang semakin teruk serta memerlukan pembedahan segera. Katanya, dia tidak mampu membiaya kos pembedahan berkenaan, namun kisahnya dalam media telah membantu dia menjalani pembedahan terbabit. “Saya menjalani pembedahan selama 10 jam dan kini jantung saya berada di tempat yang sepatutnya. “Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya untuk menjadi manusia normal," katanya. - AGENSI
.
No comments:
Post a Comment